Lagu ini biasanya dinyanyikan jika terdapat kursus atau apa-apa aktiviti bertujuan untuk menyemarakan semangat juang bangsa melayu dan juga kesedaran akan keadaan yang berlaku sekarang ini.
Pertama kali saya mendengar dan menyanyikan lagu ini ialah apabila minggu orentasi kursus pra kejuruteraan UiTM(ketika itu ITM) di cawangan Arau pada bulan Jun atau Julai 1982. Ketika menyanyikan lagu ini ada dikalangan rakan-rakan saya menangis apabila kerana terlalu sebak memikirkan nasib bangsa melayu. Minggu orentasi adalah selama seminggu kalau tak silap saya dan pada masa itu pemikiran kami banyak disematkan dengan unsur kesedaran dan pemikiran untuk berjaya dalam pelajaran yang mana menjadi fokus utama pada masa itu. Sebuah lagi lagu yang dinyanyikan pada masa itu ialah lagu "Barisan Kita". Tujuannya pun sama saperti lagu Warisan tadi, tapi lagu ini lebih memokuskan semangat dalam perjuangan tapi dalam konteks pelajaran. Sebab itu lagu "Barisan Kita" ini diubah suai lirik yang terakhir dari "berjuang dimedan bakti" kepada "berjuang di ITM".
Warisan
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara
Barisan Kita
Inilah barisan kita,
Yang ikhlas berjuang.
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi!
Sebelum kita berjaya,
Jangan harap kami pulang!
Inilah sumpah pendekar kita,
Menuju medan bakti!
Andai kata kami gugur semua,
Taburlah bunga di atas pusara.
Kami mohon doa, Malaysia berjaya!
Semboyan telah berbunyi,
Menuju medan bakti!(Berjuang di ITM)
Jelas sekali terdapat dua senario berbeza, masa menyanyi lagu Warisan & Barisan Kita, semangat dan fokus, habis sahaja minggu orentasi banyak yang hanyut(saya tak kata semua tapi banyak). Faktor yang menyumbang pada keadaan ini ialah bagaimana asal para pelajar tersebut, kalau dulu dah merokok,maka perokoklah jadinya, dulu ganja...maka teruslah berganja. Lagu setakat lagu ajelah. Lagu yang tak mungkin mengubah minda dan perlakuan pelajar tersebut. Mungkin juga ada yang berubah menjadi seperti yang yang dilagukan tapi tak sampai 30% dari jumlah semua. Dalam apa pun perbuatan dan perlakuan, perangai dan sikap memainkan agenda utama.
Apa pun kalau setakat lagu untuk membangkitkan kesedaran mungkin susah sikit lah tetapi jikalau lagu dijadikan sebagai penyampai @ pencerita keadaan, mungkin maksudnya kesampaian. Untuk membangkitkan kesedaran atau mengubah kelakuan sesuatu yang bersifat istiqamah perlu dilakukan, dalam ertikata lain mengubah cara serta perlakuan pelajar itu sendiri.