Jangan Mengundang Bala

Kejadian tsunami yang menimpa Aceh telah menjadi satu sejarah dan pengajaran yang pahit untuk umat Islam. Sebelum kejadian tsunami lagi, kita ketahui Aceh adalah tempat yang mana banyak terdapat alim ulama, pusat pusat pengajian Islam dan Al Quran. Namun kehendak Allah melebihi segala-gala nya, kun fa ya kun, jadi maka jadilah ia. Sehingga sekarang tiada pendedahan dibuat yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah kepada bumi Aceh. Semuanya senyap atau disenyapkan. Pastinya penduduk Aceh sendiri faham dan tahu sebab musabab serta natijahnya.
Berbeza dengan peristiwa di pos Kuala Dipang Perak beberapa tahun dahulu dan taufan Greg di Keningau Sabah, rata-rata masyarakat dapat meneka dan mengagak punca bala kemurkaan Allah yang ditimpakan dikedua-dua tempat tersebut. Tapi macam biasa manusia mudah lupa, bukan saja melayu tapi sesiapa saja mudah lupa. Seperti kebiasaannya hanya segelintir sahaja yang mengambil iktibar berpanjangan dan panduan hidup, namun kebanyakan manusia akan membiarkan perkara-perkara itu berlalu begitu sahaja.
Akhir-akhir ini kita disorotkan lagi dengan kisah enjin jet hilang, kisah harga gula naik, harga roti naik dan paling panas ialah isu penggunaan nama Allah. Dalam isu penggunaan nama Allah adalah diharapkan isu ini diperjuangkan dengan sebenarnya, ikhlas dan penuh rasa keimanan. Jangan kerana suka-suka berdemo, suka-suka bercakap, berbaliklah kepada yang benar, jangan main-main, kerana ingatlah syurga adalah benar, neraka adalah benar, seksa kubur adalah benar, dosa dan pahala adalah benar. Sesungguhnya Allah itu adalah benar belaka. Mintaklah pihak pencadang dan pihak diseberang memahami keadaan ini. Janganlah bercakap sesedap rasa, sesedap lidah nak berkata kerana tanpa disedari kadang-kadang kita mengundang bala Allah. Runtuhnya Bukit Antarabangsa sepatutnya menjadi salah satu iktibar dan kalau runtuh Gunung Tahan macam mana, mengapa, tak mustahil kan!!!!!


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy