Kampung sega lama terletak 23 km dari bandar Raub menghala keKuala Lipis. Tidak ada apa yang nak dibanggakan sangat pasal kampung sega lama ini tapi raja jaidi bangga dilahirkan disini.
Kampung asal sega lama terletak ditepi sungai lipis, termasuk rumah aruah aki lokasinya hanya 100m dari tebing sungai.
Saya ialah cucu pertama aruah aki. emak kawin muda, umur 16 tahun, abah 25 tahun dan aruah aki mendapat cucu pertama iaitu raja jaidi semasa berumur 42 tahun, tapi saya umur 45 tahun anak sulung baru tingkatan empat.
Kalau balik kekampung sega sayalah yang dibawa oleh aruah aki menjala dekat paya belakang rumah, kadang kadang dapatlah ikan sepat, ikan keli, ikan puyu dan ikan potak (rupanya macam ikan belida dan banyak tulang). balik dari menjala dipaya, badan banyak terkena lumpur, kena lah mandi kat sungai, biasanya ketika hendak mandi inilah aruah aki akan membawa lukah. lukah ini diperbuat dari buluh yang diraut, digunakan untuk menjerat ikan, ikan masuk kedalam lukah ini memang tidak ada peluang keluar. Ia akan diletakkan didalam sungai biasanya selama semalaman.
Lain pulak dengan pak andak, adik emak, lima tahunl lebih tua dari saya, pada masa tu umur pak andak baru 10 tahun, masih bersekolah tapi suka mengail (orang sekarang sebut memancing) dan memasang 'tajo' disungai. 'Tajo' ialah sejenis batang kail yang besar, biasanya bulu atau batang anak kayu, menggunakan umpan anak sepat dan anak sepat itu perlu hidup semasa disangkutkan pada mata kail, batang kail dicucukkan ketanah dengan kuat, umpan anak ikan sepat tadi mestilah separuh badan sahaja didalam air. Apabila ikan sepat diletakkan dalam kedudukan begitu semestinya ianya bergerak agresif untuk membenam sepenuh badan nya kedalam air tetapi tidak boleh kerana ketinggiannya telah di tentukan kerana terrsangkut pada mata kail. Tindakan agresif anak ikan sepat ini yang seolah olah menari nari dipermukaan air yang menyebabkan tarikan pada ikan ikan besar untuk memakan umpan dan seterusnya tersangkut pada mata kail. Itulah perlunya batang kail itu perlu besar dan dicucukkan ketanah dengan kuat, takut dibawa lari ikan, dan 'tajo' ini biasanya dibiarkan semalaman.
Hari selasa pulak selalu ikut aruah aki minum tea 'yankee'...kenapa selasa, kenapa 'yankee'....