Satu topik yang amat diminati apabila bercakap dengan kawan kawan samaada dikedai mamak atau teh tarik ditempat lain ialah 'business'. Bagi orang berpengalaman berniaga, yang dah biasa naik turun dalam business, topik yang sering dilontarkan selalunya realiti dalam kehidupan seharian. Topik-topik popular ialah hujung bulan nak cari gaji staff, staff nak berhenti kerja gomen sebab sekarang gaji gomen mahal, bagi yang minat main golf tu, itu jelah ceritanya dan masalah dapatkan payment, kerja dah siap payment sangkut. Kebanyakan nya berkisar mengenai realiti, jarang sangat yang mendabik dada walaupun ada segelintir yang bersikap sedemikian.Pandangan masyarakat kepada ahli perniagaan ini menyebabkan ramai yang hendak sangat terjun kealam yang penuh cabaran ini. Cabaran yang berbagai-bagai, mental fizikal, hati perasaan, pahit jerih. Sampai kalau ibubapa yang tidak pernah berniaga jarang sangat yang faham kalau anak mereka ahli perniagaan. Itu anak dengan emak bapak tu, dengan orang lain lagi lah pulak. Tapi masih ramai yang bercita-cita untuk 'business'.
Sebenarnya tidak ada salahnya kalau hendak berniaga. Cuma kefahaman kenalah betul. Kalau 'nawaitu' perniagaan ialah untuk kekayaan semata-mata, lebih baik jangan mulakan. Basuhlah hati, tenangkan jiwa dan berfikirlah dengan waras. Menjadi ahli perniagaan ini sebenarnya karier kehidupan. Samalah ada orang jadi doktor, jadi kerani, jadi ustaz cukup bulan dapat gaji, cuma ahli perniagaan kena cari gaji sendiri. Mereka juga bekerja, biasanya mereka bekerja lebih dan pemikiran yang berjalan siang malam, itu yang menyebabkan pendapatan peniaga ni lebih, tapi barang diingat risiko mereka juga tinggi.
Menceburi bidang perniagaan ini mempunyai lebih dari satu cara. Ada yang bermula dari bawah, contohnya bermula dengan gerai kecil, mendapat restoran yang besar akhirnya. Ini lebih kepada cara usahawan. Ada yang bermula bekerja sebagai pekerja biasa, naik pangkat jadi manager, naik pangkat jadi director, kemudian jadi shareholder, kemudian barulah jadi 'business owner'. Ini cara koporat sebenarnya. Ramai yang beranggapan menjadi 'director' atau 'partner' adalah ultimate dalam sesuatu perniagaan. Sebenarnya tidak, jikalau perniagaan itu ada 'partner' yang keupayaan yang hampir sama baik dari segi kewangan dan fungsi tugas, jarang sangat perniagaan itu atau syarikat itu akan berjaya. Perniagaan yang sebegini biasanya bermasalah apabila duit banyak sangat atau duit sikit sangat. Jadi cara terbaik ialah jadilah usahawan, bermula dari kecil, berkembang menjadi besar. Kalau ikut cara koporat panjatlah sehingga menjadi 'business owner'. Kalau hanya sebagai 'director' dan 'shareholder' fikirlah dengan sebaiknya tentang peluang dan masa depan. Kecualilah kalau perniagaan keluarga atau 'partner bersama isteri'(yang terbaik contoh rasulullah bersama siti khadijah satelah berkahwin), biasanya berkekalan turun temurun.
Inilah perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa memilih hendak melakukan perniagaan. Berilah pertimbangan yang sewajarnya. Ambil kira segala segi, banyakkan bersabar dan satu perkara yang pasti ialah perniagaan mesti berkembang, silap besar sekiranya membiarkan peniagaan berjalan tanpa berkembang kerana salah satu sebab, seperti kita juga staff kita juga ingin berjaya saperti kita. Apalah salahnya mengembangkan perniagaan dengan memberi peluang kepada staff kita menjadi 'director' walaupun satu hari mungkin mereka akan menjadi 'business owner', tapi tak apa, itu jihad namanya.




located a mere 20 minutes drive away from the airport, but when you arrive by car it will be your second stop at the East coast.
