Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.
Permulaan kerjaya seniBermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai
Orkes Teruna Sekampung dan kemudian
Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.
Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.
PerkahwinanP. Ramlee & Salmah Ismail (Saloma)
P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada 1950 tetapi perkahwinan hanya bertahan selama empat tahun. Perkahwinan kedua P. Ramlee adalah dengan Noorizan Mohd Noor pada
6 Februari 1955, seorang kerabat diraja
negeri Perak yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang yang dicintainya itu. Walau bagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi P. Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seninya yang menyebabkan perkahwinan mereka retak. Kali terakhir adalah dengan Salmah Ismail (
Saloma) pada
21 November 1961 dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya.
Wanita dalam hidup P. Ramlee menyintai beliau atas sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah, menyintai P. Ramlee ketika beliau masih belum ternama manakala Norizan menyintai P. Ramlee sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal. Walau bagaimanapun, Saloma menyintai P. Ramlee seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.
Anak-anakP. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami dari filem
3 Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contoh Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam
Anak Bapak). Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:
Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1953)
Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1954)
Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
Betty : Anak angkat
Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (lahir 1966)
Dian : Anak angkat (keturunan Cina)
Penghargaan selepas pemergian
P. Ramlee menerima Pingat Kebesaran Ahli Mangku Negara(A.M.N.) daripada
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ketiga.
P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei
1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang
Kuala Lumpur. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan
Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap,
Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai "Pustaka Peringatan P Ramlee" pada tahun 1986. Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P.Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982. Di Kuching juga ada sebatang jalan yg dinamakan Jalan P.Ramlee. Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "doktor".
Kemudian, sempena 50 tahun kemerdekaan
Malaysia iaitu pada tahun 2007, P. Ramlee telah terpilih sebagai 10 calon terakhir bagi program "Anak Gemilang Malaysia" yang mengiktiraf rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan kejayaannya menaikkan nama negara di mata dunia.
Pada tahun yang sama, kisah hidup beliau juga telah dipentaskan dalam satu pementasan teater muzikal dengan tajuk "
P. Ramlee the Musical... Hidup, Cinta and Inspirasi"
Anugerah
Berikut merupakan senarai anugerah yang terlibat dengan beliau dan karya beliau sepanjang hidup beliau.
1945
Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya
"Tempat ke-3" - P. Ramlee
1946
Pertandingan Nyanyian Keroncong Pualu Pinang
"Tempat Pertama" - P.Ramlee dan Pancaragam Keroncong Pemuda Indonesia
Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya
"Tempat ke-2" - P.Ramlee
1947
Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya
"Tempat pertama" - P.Ramlee
1951
Majalah Filem Raya Malaya
"Bintang Pujaan Malaya and Indonesia" - P.Ramlee
1952
Majalah Filem Raya Malaya
"Pelakon Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Antara Senyum Dan Tangis
"Filem Kegemaran" - Juwita
1953
Majalah Filem Raya Malaya
"Filem Terbaik" - Hujan Panas
"Pelakon Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Kegemaran Malaya" - Antara Senyum Dan Tangis
"Filem Kegemaran Malaya dan Indonesia" - Antara Senyum Dan Tangis
"Pelakon Kegemaran Malaya dan Indonesia" - P.Ramlee
Majalah Filem dan Sukan Utusan Malaya
"Artis Tahunan 1953" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Hujan Panas
Radio Malaya
"Penyanyi Lelaki Terbaik" - P.Ramlee
1956
Festival Filem Asia ke-3 Hong Kong
"Skor Muzik Terbaik" - P.Ramlee
"Pelakon Pembantu Wanita Terbaik" - Zaiton bagi
Hang TuahMajalah Bintang Singapura
"Seniman Terbaik" - P.Ramlee
"Pengarah Terbaik" - P.Ramlee
"Penggubah Terbaik" - P.Ramlee
"Penyanyi Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Semerah Padi
"Filem Kedua Terbaik" - Anakku Sazali
"Pengarah Kedua Terbaik" - Phani Majumdar bagi
Anakku Sazali"Pelakon Wanita Terbaik" - Saadiah Baharom bagi
Semerah PadiMajalah Filem dan Sukan Utusan Malaya
"Filem Melayu Terbaik" - Penarik Beca
"Pengarah Terbaik" - P.Ramlee
"Seniman Terbaik" - P.Ramlee
"Lagu Terbaik" - Inang Baru dari Penarik Beca
1957
Festival Filem Antarabangsa Berlin
Terpilih untuk Tayangan - Hang Tuah
Festival Filem Asia ke-4 Tokyo
"Pelakon Lelaki Terbaik" - P.Ramlee
"Pelakon Kanak-kanak Terbaik" - Tony Castillo bagi Anakku Sazali
1958
Festival Filem Asia ke-5 Manila
"Fotografi Hitam Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Sumpah Orang Minyak
Majalah Kisah Bintang Dan Filem Malaya
"Seniman Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Sumpah Orang Minyak
"Lagu Kedua Terbaik" - Tudung Periuk dari Sumpah Orang Minyak
1959
Festival Filem Asia ke-6 Kuala Lumpur
"Filem Komedi Terbaik" - Pendekar Bujang Lapok
1960
Majalah Gelanggang Singapura
"Filem Paling Popular" -
Pendekar Bujang Lapok"Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Nujum Pak Belalang
Majalah Bintang Singapura
"Filem Kegemaran" - Pendekar Bujang Lapok
"Pengarah Kegemaran" - P.Ramlee
"Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi
Nujum Pak Belalang"Seniman Teratas" - P.Ramlee
"Lagu Kegemaran" - Jangan Adik Angan-Angan dari
Musang BerjanggutFestival Filem Asia ke-7 Tokyo
"Filem Komedi Terbaik" -
Nujum Pak Belalang1962
Festival Filem Asia ke-9 Tokyo
Pencalonan bagi "Filem Komedi Terbaik" - Seniman Bujang Lapok
Darjah Kurnia Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Jamalullail
"Ahli Mangku Negara" - P. Ramlee A.M.N.
1963
Festival Filem Asia ke-10 Tokyo
"Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Ibu Mertuaku
"Bakat Paling Pelbagai" - P.Ramlee
1964
Festival Filem Asia ke-11 Taipei
"Filem Komedi Terbaik" - Madu Tiga
1965
Festival Filem Dunia Paris
"Anugerah Khas" - Ibu Mertuaku