Melalui catatan sejarah, Kuantan telah wujud semenjak awal tahun 1850-an. Kewujudan Kuantan pada kurun ke 19 adalah bermula sebagai sebuah penempatan. Kewujudan Kuantan ini telah disentuh oleh Abdullah Munsyi pada tahun 1851/52 seperti berikut:
"Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari KUANTAN. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada, maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari.........."
Pada peringkat awalnya Kuantan lebih dikenali dengan nama Kampung Teruntum. Penempatannya adalah di sekitar muara Sungai Kuantan iaitu berhadapan dengan bangunan hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sekarang . Ia telah dibuka oleh Haji Senik dan pengikut-pengikutnya dalam tahun 1850an.Nama Teruntum ini dikatakan berasal dari pokok Teruntum yang banyak terdapat di pinggir Sungai Kuantan pada ketika itu.
Semasa tinggal di sini mereka mengusahakan kawasan paya yang terletak di tapak hospital sekarang disamping menangkap ikan dan berniaga secara kecil-kecilan. Bukti bahawa kawasan tersebut telah dijadikan penempatan ialah Perkuburan Cik Timah berhampiran Taman Esplanade (Benteng) sekarang.
Selain dari itu dikesahkan juga bahawa terdapat sebuah perkampungan di hulu Kampung Teruntum yang dibuka pada tahun 1854 oleh orang Melayu dari daerah Sumatera. Mereka diketuai oleh Encik Besar . Tempat ini kemudiannya dikenali dengan nama Kampung Orang Kuantan dan lama kelamaan panggilan ini di pendekkan kepada perkataan "Kuantan" dan kekal sehingga ke hari ini.

Kuantan mula membangun apabila bijih timah dijumpai di kawasan Gambang dan Sungai Lembing. Perlombongan bijih timah di Sungai Lembing telah diusahakan semenjak zaman pra-sejarah lagi. Tiada perlombongan secara intensif dijalankan sehingga lah pada abad ke 19 apabila kaum bumiputera dan orang-orang Cina meningkatkan aktiviti mereka di kawasan perlombongan tersebut.
Kawasan perlombongan bijih timah di Gambang telah dibuka oleh orang-orang Cina pada awal tahun 1880an sementara kawasan perlombongan Sungai Lembing pula dibuka pada tahun 1868 oleh Lim Ah Sam (Baba Assam). Pada tahun 1887 , ianya telah diusahakan secara intensif oleh Syarikat The Pahang Corporation Limited. Hasil bijih timah daripada Gambang dibawa ke Kuantan melalui Sungai Belat di Gudang Rasau , manakala hasil daripada Sungai Lembing Lembing pula dibawa ke Pasir Kemudi dengan keretapi dan kemudian diangkut dengan kapal wap ke Kuantan untuk dieksport ke Singapura.
Bagi memenuhi keperluan aktiviti ini, beberapa kawasan di pinggir Sungai Kuantan telah dimajukan sebagai pusat pengurusan dan pengumpulan bahan-bahan mentah ini. Disamping penyediaan kemudahan pelabuhan, pejabat Kastam, pasar, pejabat pentadbiran daerah dan sebagainya yang terletak di sekitar Jalan Besar, Jalan Mahkota dan pinggir Sungai Kuantan. Dengan corak pembangunan ini, kawasan bandar mula didiami oleh orang-orang Cina, sementara itu orang Melayu yang mula membuka penempatan awal di tebing Sungai Kuantan telah berpindah ke kawasan seperti Tanjung Api, Tanjung Lumpur, Beserah, Tanah Putih dan lain-lain.
0 comments:
Post a Comment