Raub adalah salah sebuah dari 11 buah daerah di Negeri Pahang.
Daerah Raub terdiri daripada 7 buah mukim iaitu :-
- Batu Talam
- Sega.....aku lahir disini Kg Sega Lama
- Semantan Ulu,
- Ulu Dong
- Dong
- Gali
- Tras
Ia juga terdapat 47 buah perkampungan tradisional dan 9 buah kampung baru (cina). Raub berlokasi di sebelah Barat Negeri Pahang dan keluasannya ialah 2,271 kilometer persegi iaitu 6.34% dari keluasan Negeri Pahang (35,823 kilometer persegi ). Raub juga terletak antara dua banjaran iaitu Banjaran Utama dan Banjaran Gunung Benum. Ketinggian Raub adalah 160 meter dari paras laut dengan purata suhu tahunan 27.5 darjah celcius dan purata hujan tahunan pula kira-kira 200 milimeter. Jarak Raub dengan Bandaraya Kuala Lumpur hanya 130 kilometer dan hanya mengambil masa satu jam setengah untuk sampai ke pekan kecil ini melalui lebuhraya Kuala Lumpur - Karak.
SEJARAH NAMA RAUB
Terdapat beberapa versi mengenai asal usul nama Raub. Perkataan Raub dalam Bahasa Melayu bermaksud ‘genggam’. Antaranya, mengikut sejarah, pusat perlombongan ini
dinamakan Raub selepas pelombong-pelombong menjumpai seraub emas pada setiap dulang pasir. Hal ini dinyatakan dengan menarik oleh J.A. Richardson dalam bukunya, The Geology and Mineral Resources of the Neighbourhood of Raub Pahang.
Terdapat beberapa versi mengenai asal usul nama Raub. Perkataan Raub dalam Bahasa Melayu bermaksud ‘genggam’. Antaranya, mengikut sejarah, pusat perlombongan ini

TOPOGRAFI
Keadaan topografi bagi daerah ini adalah berbukit-bukau terutamanya di bahagian barat dan timur. Ketinggian keseluruhan di antara 25 hingga 2,000 kaki. Rangkaian anak-anak sungainya pula tertumpu pada aras ketinggian 250 kaki. 61% (138,936.6 hektar) keluasan tanah daerah ini adalah diliputi oleh hutan simpan. Keluasan tanah milik kerajaan hanyalah 3,000 hektar serta keluasan Tanah Simpanan Melayu sebanyak 12,400 hektar. Baki tanah seluas 72,497 hektar merupakan tanah milik persendirian.
BANCIAN
Jumlah penduduk Daerah Raub mengikut banci tahun 2000 adalah seramai 79,488 orang. Pecahan jumlah penduduk mengikut komposisi kaum bagi tempoh tersebut adalah
seperti jadual berikut:
Melayu 57.1%
Cina 33.0%
India 7.4%
Lain-lain 2.5%
PEKERJAAN
Dari segi pekerjaan pula, sejumlah 32,118 orang ataupun 39.1% penduduk merupakan tenaga kerja dari pelbagai sektor. Pecahan peratusan sumbangan tenaga kerja mengikut sektor adalah seperti jadual berikut :
Pertanian 48.2%
Perkhidmatan 23.8%
Perkilangan 11.9%
Perdagangan 10.1%
Pembinaan 2.9%
Pengangkutan 1.8%
Kewangan 0.9%
Perlombongan 0.4%
PENDAPATAN
Bilangan tenaga kerja buruh dan jumlah pekerjaan di daerah ini dijangka meningkat pada kadar 1.9% menjelang tahun 2020 manakala sektor pertanian dijangka kekal sebagai penyumbang pekerjaan terbesar pada kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 0.9%. Purata pendapatan 53.1% isi rumah pada tahun 1995 ialah RM690.00 sebulan dan ianya dijangka meningkat kepada RM1,533.30 sebulan menjelang tahun 2010.

0 comments:
Post a Comment